Wednesday, July 1, 2009

Pemurah...

'Aeez...buat aper tu...? Ayah dah suruh bukak baju dari tadi tau...dia tak bukak lagik...pergi bukak sekarang!'

Cik abang aku bersuara keras menyuruh Fareez yg memang liat nak membuka baca tiap kali balik sekolah agama...

'Lepas tu pergi cek kerja sekolah...jgn nak leka2...dah pukul berapa sekarang ni...'

Aku yang di dapur masih mendengar cik abang meleteri Fareez yang kalau tak dileteri segala kerjanya tak menjadi...

Dengan muka mencuka...Fareez terus mendapatkan aku yg sedang memasak...

'Ibu...tengok ler ayah ni...Aeez dah buat kerja pun asyik nak marah je...'

'Ye le...ayah tu ingatkan Aeez...bukan ayah marah...'

'Ye...ayah marah...'

'Ala...suara ayah kan macam tu...'

'Cakap aje le...jgn le marah2'

'Ayah cakap le tu..issyykkk!! Budak ni...dah pegi buat kerja...'

'Ibu pun sama...asyik nak marah je...' berlalu pergi dengan muncung yang lebih panjang....


Aku kemudian ke ruang tamu mendapatkan cik abang yang sedang menaip di meja komputer...

'Dia cakap aper kat anie...?'

'Dia kata...abang asyik nak marah2 aje...abih anie cakap le...ayah cakap aje...bukan marah...pastu dia kata anie pun sama....' aku bercerita sambil ketawa teringatkan gelagat Aeez...

'Siapa dia ikut tu?' cik abang aku ni mula ah cuba nak perli aku...

'Ikut abang ler...' Hehehe...

'Dia ikut ibu dia ler....tak boleh le abang nak cakap tinggi suara sikit...cakap aje kata marah...abih merajuk...'

'Heheheh....alah abang tu memang...asyik nak marah aje...cuba le cakap lembut2 sket...'

'Hah!! Kan abang dah cakap....abih takkan asyik nak lembut je....nanti anak2 pun tak takut..'

'Dengan anak okay ler jugak...tapi dengan isteri kalau cakap lembut2 baik2...takde ruginya..'

'Kenapa pulak tak rugi..?'

'Yelah...kalau sentiasa cakap baik2 dengan isteri...senyum dgn isteri...isteri pun ceria...happy selalu...isteri akan sentiasa tersenyum...dan jadi lebih 'pemurah'...dan rajin bersedekah...'

'Hahhaa...pandai aje eh!' Terbahak2 cik abang aku ketawa...


Betulkan para2 ibu...kalau kaum bapa baik2 layan kita...mesti kita pun jadi camtu...kerana tak ada apa yang lebih membahagiakan dari menghabiskan masa yang romantik bersama suami yang sentiasa memanjakan isteri. Tapi....isteri2 pulak jgn le terlebih manjanya pulak...sampai tak boleh ditegur....nanti suami pun jadi bosan....







...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Monday, June 29, 2009

Bual-bual ttg MJ...

Jumaat lalu...seluruh radio dan berita membuat liputan meluas tentang kematian MJ.

Aku yang mendengarnya berita itu di Panas FM ketika dlm perjalanan pulang mengambil Fareez dari sekolah agama terus memberitau Farhan tentang berita tu. Farhan memang meminati lagu2 MJ...paling diminati ialah lagu 'Smooth Criminal'


'Farhan...Michael Jackson dah meninggal...'

Farhan yang sedang bergolek di depan TV terus bangun...

'Ye ke?...Bila?'

Wajah dia masih terkejut...

'Semalam...'

'Sakit apa...?'

'Dia tak sakit...'

Fareez pulak menyampuk...

'Kalau tak sakit camaner dia boleh mati...?'

'Dia terjatuh kat dalam rumah dia...'

'Eh!! Jatuh? Macamaner dia boleh mati kalau dia jatuh je...Aeez selalu jatuh tapi tak mati2 pun'

'Ada pulak cakap camtu...'

'Ye le...'

'Dia dah tua...agaknya dia jatuh kepala dia terketuk ke...apa ke...lagik pun ajal dia dah sampai...'

'Eii...kesian ibu eh...'

'Tulah...ibu suka tengok dia menari...'

'Tapi kan ibu...Aeez suka dia mati...'

'Larr....!! Apsal...?'

Aku dan Farhan memandang muka dia dgn wajah tertanya2 ...

'Sebab...Aeez takut tengok muka dia. Muka dia macam patung...macam patung yang ada nyawa...'

Aku dan Farhan ketawa....

'Semalam baru kita tengok rancangan Farah Fauzana kat TV kan ibu...diorang tunjuk gambar muka Michael Jackson...pastu Michael cakap...'sesuatu tu kalau dah sempurna dan nak diubah lagi...maka jadilah macam saya...'

'Aha...'

Apa-apa pun...semoga dia abadi di sana...setelah melalui hidup yang penuh kontroversi. Kadang2 itulah terjadi bila manusia itu kosong jiwanya...





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, June 23, 2009

Cerita di Hari Bapa...

Terima kasih kepada yang membuat komen pada entry Hari Bapa...aku tak dpt nak jawab satu persatu...


Hari Bapa...apa yang aku buat?

Kami tak ke mana... Cik abang aku balik Melaka...pastu kene tahan sampai hari Ahad malam baru dapat balik.

21hb juga merupakan Harijadi Puteri ku yang sorang tu...Huda....yang lebih suka dipanggil Ude.

Takde apa2 yang kami lakukan...aku cuma menelefon dia yang sedang bertugas sebab ada event dan menyanyikan lagu 'Happy Birthday' untuk dia. Tergelak2 dia...sebab aku nyanyi..

'Happy Birthday to you, Happy Birthday to you...
Happy Birthday my Mbamm Bim Bom'

Hahahaha...suka sebab dapat menyakat dia.

Nak sambut 'Hari Bapa' pun cik abang aku takde...Hari Minggu tu semua sibuk dengan urusan masing2...Farhan pula ke Bengkel PMR.



Tengaharinya kami ke Majlis Perkahwinan kawan Ude di Kota Damansara. Selepas makan dan berjumpa pengantin aku masih enggan balik sebab seronok melihat 'musician' yang diberi nama 'Borak Asmara' bermain secara 'live' kat sana. Lagu mereka tu sedap2 pulak...dengan lirik2 yang menarik. Gembira berjumpa kawan2 Ude yang semua memanggil aku dengan panggilan 'Ibu'...terasa begitu mesra dengan mereka.




Petangnya aku ke rumah Sya...sebab mengambil barang2 yang dikirim bapak pada Sya minggu lepas. Semasa dalam perjalanan ke rumah Sya...aku bertanya Ude...

'Ude...nak belikan apa untuk maklang ye...?'

'Ntah ler...ude pun tak tau...'

'Kita ni datang selalu tgn kosong je...maklang kalau datang umah kita sarat bawak kuih...'

'Tulah...'

'Dengkil dah lepas pulak...kalau tak tadi boleh singgah beli kuih pau...'

'Takpelah ibu...kita bawak perut aje dah...'

Hehehe....

Sampai rumah Sya...mengambil apa yang patut serta memberikan sambal kiriman dari staff Sya...aku dan Ude makan nasi beriyani daging yg Sya masak. Sedang makan Farhan call aku dan memberitau aku dia jatuh dari basikal...luka berdarah.

Kelam kabut aku makan dan bersiap2 untuk balik.

Sampai saje kat rumah aku tengok lutut dan tangan dia masih lagi luka berdarah. Setelah meletakkan barang2 aku terus membawa dia untuk diurut sebab katanya tangan kirinya sakit tak boleh di pusing.

Semasa kat rumah tukang urut tu...dia memberitau aku bahawa tangannya tak boleh diurut sebab ada retak....kena bawak ke klinik.

Klinik berdekatan dah tutup masa tu...jadi aku balik dan buat bandage untuk tangannya dan bercadang membawanya esok aje.

Semalam cik abang membawa Farhan ke klinik....sampai di klinik dan setelah di X-Ray...sah patah kata doktor...tapi tak patak semua. Doktor menyarankan kami ke hospital...dan semasa kat sana tangannya di simen separuh. Sebab doktor kata patah separuh...jadi tak perlu simen semua. Dalam 2 minggu boleh sembuh.



Jadi 2-3 hari ni rumah aku macam cuti sekolah...sebab Farhan dpt MC 3 hari...dan Fareez pulak 2 hari...sebab dia kena Asthma...

Sakit tekak bila diorang ada kat rumah berdua...asyik nak bergaduh aje...geram aku....

Esok dua2 aku nak suruh ke sekolah...sebab Farhan biarpun dapat 3 hari MC ...tapi memandangkan dia akan menduduki PMR tak lama lagi dan sakitnya pun tak seberapa...lebih baik dia ke sekolah.





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Friday, June 19, 2009

Bapak...

Semalam semasa memandu...sambil mendengar Radio Sinar dan melayan celoteh Abby Nor Fanaskova yang membacakan sms2 tentang insan bernama 'ayah'.

Ketika mendengar curahan rasa anak2 pada ayah2 atau bapa2 mereka...airmata aku bergenang....entah kenapa perasaan aku begitu sayu. Sayu teringatkan bapak di kampung.

'Bapak'... adalah panggilan aku dan adik beradik yang lain pada insan yang telah bertungkus lumus bekerja untuk membesarkan kami tanpa mengenal erti penat. Lama sungguh aku tidak menjengok bapak di kampung...hanya sekadar bertanya kabar melalui telefon. Hati rasa begitu rindu untuk menatap wajah tua bapak.

Alhamdulillah bapak masih sihat. Walaupun usia telah menjangkau lewat 70an...tapi bapak masih gagah berjalan laju...dan membuat kerja2 yang biasa dilakukan. Setelah diserang sakit jantung beberapa tahun lalu...bapak begitu perihatin tentang pemakanan. Menu harian bapak tidak ada lagi makanan berlemak atau bersantan.

Bapak...ketika mudanya dahulu tidak pandai meluahkan rasa sayang pada kami semua namun kami tau...bapak begitu menyayangi kami. Kerana...bapak tidak pernah mengeluh walau sesukar mana pun kehidupan yang kami lalui dahulu.

Bapak...ketika mudanya seorang yang garang. Kami begitu takut dan hormat padanya. Kami takut untuk melanggar apa jua yang telah dibataskan olehnya. Tidak berani menjawab walau sepatah kata-katanya. Kerlingan mata dan suara berdehemnya sudah cukup untuk memberi amaran ada sesuatu yang tidak kena.

Aku lebih memahami bapak bila aku berumahtangga...kerana suami aku pun begitu dengan anak2. Dia tidak pandai membelai anak2...tidak pandai menyatakan sayang...tapi bila anak2 sudah terlena...selalunya dia akan mengusap dan mengucup kepala anak2. Jika ada nyamuk yang mengganggu tidur anak2...dia akan berjaga dan menampar nyamuk tersebut serta memastikan anak2 akan tidur dengan aman...sedangkan aku menyambung tidur setelah terpisat-pisat bersuara agar membiarkan aje nyamuk tu...

'...dah le bang...tidur le...biaukan nyamuk tu..."

Teruk aku kan...? Heheheh

Aku jarang dapat bersama bapak. Kalau ada peluang bersama...bapak rajin bercerita kisah dulu-dulu yang pasti membuatkan kami ketawa terkekek-kekek. Ada ketika bila bersama bapak...aku akan menyorot wajah bapak yang aku lihat telah pun dimamah usia. Terasa begitu cepat masa berlalu. Tubuh bapak sudah begitu susut menandakan tenaga bapak juga sudah tak seperti dulu. Setiap kali setelah bertemu bapak...aku akan sentiasa berpesan supaya bapak jangan lagi memanjat pokok dan membuat kerja2 yang di luar batas tenaga bapak.

Kalau dulu aku tak pernah memeluk dan mencium pipi bapak...kini tiap kali bertemu bapak...aku akan memeluk dan mencium pipi bapak. Aku ingin menzahirkan rasa sayang aku pada bapak...kerana aku tidak tau adakah aku berpeluang lagi untuk berbuat demikian...jadi sebelum terlambat...aku ingin bapak tau...aku sayang padanya.

Aku sentiasa berdoa...bukan hanya pada 'Hari Bapa' semoga bapak akan sentiasa sihat dan cergas untuk menjalani kehidupan seharian dan juga menjalankan amal ibadah kepada yang ESA. Aku berdoa semoga bapak akan sihat sehingga ke akhir hayat.

Bapak...segala pengorbanan bapak untuk membesarkan kami tidak dapat kami balas...dan tidak akan pernah langsai sehingga ke akhir hayat kami...

Kepada kaum2 bapa yang sering berkunjung ke blog aku ini, khas buat Abang Ngah (Sab2)...Zino, Abang Long, Abahnajwa, Zabs, Ayah, dan yang lain2 aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA ' untuk semua...semoga anda akan terus menjadi ayah yang terbaik dan dibanggakan serta dihormati oleh anak2 dan keluarga.

Dan paling istimewa buat cik abang aku...iaitu 'ayah' pada anak2 ku...SELAMAT HARI BAPA...dan terima kasih kerana telah menjadi ayah yang baik untuk anak2 kita...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, June 16, 2009

Ada Tak Ada...

Tengahari tadi semasa menyiapkan Fareez utk ke sekolah...

'Ibu...ada sorang kawan Aeez kat sekolah kata...ayah dia suka main judi...'

'Ye ke? Dia cakap ngan Aeez?'

'Aha...dia cerita...dia kata...ayah dia suka main judi. Ayah dia dengan mak dia dah bercerai...'

'Sian dia eh...kawan pompuan ke?'

'Ha'ah...dia kata mak dengan ayah dia dah bercerai...tapi ayah dia selalu datang mintak duit kat mak dia. Lepas tu ayah dia selalu sepak kan mak dia.'

'Eii...kesian dia eh...?'

'Abih dia cakap...ayah dia pun selalu mabuk-mabuk...'

'Dia cerita kat Aeez camtu...?'

'Ha'ah....masa dia cerita kat Aeez tu suara dia macam nak menangis aje. Pastu dia cakap ayah dia dah ada girlfriend lain..kesian dia ibu.'

'Tulah...Aeez mesti rasa bertuah kan?'

'Kenapa?'

'Yelah...Aeez selalu kata ayah garang...asyik nak marah aje...tapi ayah Aeez tak berjudi kan? Ayah Aeez tak mabuk & ayah tak pukul ibu kan?'

Fareez diam dan mengangguk...

'Tu sebab Aeez kena bersyukur ...tengok tu...kawan Aeez tu kesian dia. Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kan ibu dah kata tak baik kalau Aeez selalu cakap...'ayah si anu tu best...baik...selalu belikan anak2 dia barang2...ayah si anu tu baik...siap belikan anak dia handphone...tak baik kan cakap camtu...'

Fareez masih sengih2...

Kesian kan...pada anak2 yang menghadapi situasi yang begitu. Mereka terpaksa hidup dalam kemelut rumahtangga yang dicipta oleh ibubapa mereka. Mereka masih terlalu kecil untuk mengerti apa yang berlaku. Tapi...segala yang terjadi telah ditakdirkan...dan semoga anak2 yang membesar dalam rumahtangga yang bermasalah begini akan menjadi insan yang lebih tabah dan kuat jiwa mereka serta lebih menghargai kebahgiaan yang bakal mereka kecapi.

Aku sentiasa mengajar dan berdoa semoga anak2 aku tau menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada. Aku tak mau mereka membanding2kan apa yang orang lain ada yang mereka tak ada. Tapi...aku lebih suka mereka merenung dan berfikir serta melihat apa yang orang lain tak ada yang mereka ada biar pun sekecil mana pun benda itu.

Kerana...kita manusia tidak pernah sempurna dan mendapat apa yang kita mahukan. Allah cuma memberi apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan.


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Tuesday, June 9, 2009

Benar atau Tidak...

Aku tak taulah pemandangan ni biasa atau tidak ditempat lain.

Pemandangan orang2 yang menjual keropok atau kerepek di stesyen2 minyak atau tempat2 letak kereta.

Kalau di Shah Alam ni memang banyak...paling ramai di stesyen minyak berdekatan Hotel Concord* atau pun di kawasan letak kereta berhampiran Pusat Rawatan D*rul Ehs*n. Itu dulu...sekarang mereka dah ada di merata tempat.

Aku ni jenis cepat bersimpati...aku tak sampai hati mendengar orang merayu...lebih2 lagi kalau mereka tu mencari rezeki yang halal. Beberapa kali aku membeli keropok2 tersebut...aku ikhlas ingin menolong biarpun kadang kala keropok dan kerepek masih banyak di rumah.

Tapi...

Satu hari ...semasa aku sedang memandu kereta di daerah Bukit Jelutong...aku terlihat sebuah kereta menurunkan seseorang di satu tempat berdekatan stesyen minyak di sana. Orang tersebut membawa seberkas beg plastic yang biasa aku lihat dibawa oleh mereka2 yang menjual keropok & kerepek seperti yang aku ceritakan tadi. Sambil berjalan...pemuda tersebut mengeluarkan kopiah dan menutup kepalanya.

Yang membuat hati aku terdetik mereka ni adalah dari satu sindiket ialah bilamana kereta yang menurunkan mereka itu menggunakan kereta yang menggunakan plet nombor Th*il*nd.

Bila memikirkan semula apa yang aku lihat...aku mula sangsi dan berbagai2 persoalan bermain dalam fikiran aku...

Adakah mereka yang sering mengetuk cermin kereta dan memohon serta merayu aku membeli jualan mereka itu benar2 mereka yang susah atau pun mereka dipergunakan oleh orang lain...?

Adakah kesemua mereka terlibat ataupun ada juga mereka yang benar2 jujur mencari rezeki untuk menyara keluarga....?

Hmmm...entahlah...sekarang ni dunia penuh dengan kepura-puraan hingga kita sukar untuk mengetahui yang benar dan yang hanya bertopengkan kebenaran....


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

Sunday, June 7, 2009

Macam-macam aje...

Minggu lepas...semasa aku sedang menonton TV...cik abang menaip sesuatu di desktop...aku dengar orang memanggil aku...

'Hello kak....kak....'

Aku menoleh...aku lihat seorang lelaki India di depan pintu. Grill pintu terkunci. Aku panggil cik abang...

'Bang...tu...tengok le...saper tu...'

Cik abang aku bangun dan bertanya apa dia nak...

'Bang...mau minta derma sikit bang...'

'Derma?...Ni nak tanya...macamana awak masuk. Pintu gate depan tutupkan?'

'Saya mau minta sikit duit bang...sudah beberapa hari tada makan...'

'Takde...saya tanya...u macamaner boleh masuk sini...saya tutup gate depan...kalau pun tak kunci...u mana boleh masuk...salah tau...'

'Sorry bang...saya mau mintak derma sikit...1 ringgit pun takpe...'

Cik abang aku malas nak layan dia lagi...terus keluarkan RM1 dan menghulurkan padanya.


Sejak hari tu aku sentiasa pastikan pintu grill depan berkunci...takut pulak aku kalau terjadi macam dulu...semasa budak tu dah nak melangkah masuk...sebab grill tak berkunci.



Semalam sekali lagi...aku dengar ada sayup suara memanggil manggil...

'Farhan...pergi tengok kat gate tu...kawan kau datang kot...'

Farhan yang sedang memakai earphone langsung tak bergerak sebab tak mendengar apa yang aku cakapkan...

Aku pun bangun dan menjengah dari pintu rumah...

Larrrr!! Budak India tu datang lagik...

'Mau apa?'

'Mintak derma kak...'

'Takda...takda...' kata aku dengan slang India sambil mengoyang2kan tangan menunjukkan aku taknak bagi derma...lagi baik aku bagi derma pada orang yang lebih memerlukan.

Kalau sekali datang takpelah....ni selalu nak datang mintak derma...kalau lah kat lorong rumah ni aje dia boleh dapat RM 3 sahaja...berapa banyak rumah dlm taman ni yang dia boleh dapat kan?

Macam macam aje diorang ni.




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.